Tempatan

Solidariti Palestin: Malaysia Terima 3 Notis Kedutaan AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2023 – Malaysia telah menerima tiga notis tata tindak dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) berikutan keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas, dedah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya, Duta Besar ke Washington telah dipanggil oleh Jabatan Negara AS yang mempersoalkan keputusan Malaysia terhadap isu keganasan rejim Zionis terhadap Gaza.

Negara juga menerima dua notis rasmi (demarche) melalui Kementerian Luar Negeri pada tarikh 13 Oktober dan notis kedua pada 30 Oktober lalu.

Menurut Anwar, pihak Kedutaan AS meminta Malaysia tidak meneruskan dengan pendirian terutama keengganan kita untuk menganggap Hamas itu sebagai badan pengganas.

Walau bagaimanapun, Anwar tetap bertegas dan menekankan bahawa, “Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita, pertimbangan kemanusiaan kita dan menganggap pencerobohan itu haram dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa.”

Tambahnya, “Politik dan kecelaruan yang berlaku ini bukan sekitar bulan lalu, ini telah berlarutan berdekad dan sejak 1948.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: