Antarabangsa

Hospital Di Bawah Serangan Baru Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 13 November 2023 – Pegawai Gaza mendakwa Israel telah melancarkan serangan udara ke atas atau berhampiran sekurang-kurangnya tiga hospital pada Jumaat sekali gus membahayakan sistem kesihatan yang dibanjiri ribuan mangsa serta mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat daripada konflik Israel – Palestin, lapor Arab News.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra, Israel menyasarkan perkarangan Hospital Al-Shifa iaitu sebuah hospital terbesar di wilayah itu. Israel mendakwa, pejuang Hamas mempunyai pusat arahan dan terowong tersembunyi di bawah hospital tersebut, namun dakwaan dinafikan pejuang Hamas.

Laporan yang sama menyatakan, kempen Zionis Israel selama sebulan yang bertujuan untuk menghapuskan pejuang Hamas telah menyebabkan hospital-hospital di Gaza berada dalam keadaan kritikal berikutan bekalan perubatan, air bersih dan bahan api kepada penjana kuasa berkurangan.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, 18 daripada 35 hospital Gaza dan 40 pusat kesihatan lain tidak dapat beroperasi di mana ia berkemungkinan rosak akibat pengeboman atau kekurangan bahan api.

Kata Al-Qudra, Hospital Pediatrik Al-Rantisi dan Hospital Kanak-Kanak Al-Nasr ‘telah menyaksikan beberapa siri serangan langsung dan pengeboman’ pada hari Jumaat.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Indonesia turut menyatakan bahawa terdapat letupan berhampiran Hospital Indonesia yang merosakkan beberapa bahagian hospital sekali gus mengutuk serangan ganas terhadap orang awam dan barangan awam terutamanya kemudahan kemanusiaan di Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: