Antarabangsa

Zionis Tawar RM1.8 Juta Untuk Maklumat Keberadaan Yahya Sinwar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 15 Disember 2023 – Tentera rejim Israel telah menyebarkan risalah menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM1.8 juta bagi sesiapa yang memberi maklumat mengenai keberadaan pegawai tertinggi Hamas, Yahya Sinwar.

Gambar risalah yang tular di media sosial itu menawarkan sehingga $400,000 untuk Yahya serta jumlah yang lebih kecil untuk pemimpin lain iaitu Muhammad Sinwar ($300,000), Rafi’ Salamah ($200,000) dan Muhammad Deif ($100,000).

Ia disebarkan kepada penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat bertujuan untuk melemahkan penentangan Hamas terhadap Israel.

Dilaporkan, pihak Zionis telah memburu Yahya sejak Hamas melakukan serangan balas pada 7 Oktober lalu manakala sekutu kuat mereka mengatakan, hidup pejuang Hamas itu kini ‘dalam kiraan detik’.

Sepanjang tempoh perang, rejim haram telah menurunkan beberapa risalah yang mengandungi ayat al-Quran malah terdapat risalah yang ‘menggesa’ orang awam mengosongkan kawasan tertentu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: