Antarabangsa

Pejuang Hamas Kutuk Pengajaran Bible Di Masjidil Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 09 Mei 2023 – Gerakan pejuang pembebasan Palestin, Hamas mengutuk sekeras-kerasnya aktiviti pengajaran kitab Bible yang diadakan di Masjidil Aqsa.

Lapor media, dalam satu kenyataan, gerakan itu menegaskan, “Kami menolak dan mengutuk sekeras-kerasnya mengadakan pengajaran kitab Bible oleh peneroka penjajah Israel berdekatan surau Bab Al-Rahmah di Masjidil Aqsa.”

BACA JUGA: SAREX LIMA ’23: Larangan Terbangkan Dron Di Langkawi, Kedah

BACA JUGA: Al-Quran Gergasi Tarik Lebih 10,000 Pelancong Setiap Hari

BACA JUGA: Bayaran Bulanan Meningkat, Kenaikan OPR Tambah Beban Rakyat

Menurut mereka, aktiviti itu termasuk dalam konteks rancangan yang diatur oleh pendudukan Israel untuk menetapkan pembahagian ruang dan batas waktu di masjid suci umat Islam itu.

Hamas turut menekankan bahawa ia adalah sebahagian daripada rancangan Israel untuk mengubah watak dan identiti Islam Masjidil Aqsa As-Syarif.

Sehubungan itu, gerakan pejuang Hamas menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bertanggungjawab dan berusaha ke arah melindungi Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa daripada pendudukan Yahudi dan penodaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: