Antarabangsa

Gagal Label Israel Negara Aparteid & Perkauman, Hamas Selar Dewan Perwakilan AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 20 Julai 2023 – Hamas menyelar resolusi yang diluluskan oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada hari Selasa, yang enggan merujuk kepada Israel sebagai rejim perkauman atau aparteid.

Resolusi itu juga menutup mata terhadap jenayah membakar dan memusnahkan rumah, kenderaan dan ladang yang baru-baru ini dilakukan oleh kumpulan penceroboh haram rejim Zionis, yang di bawah perlindungan yang disediakan oleh tentera Israel.

Seramai 412 penggubal undang-undang Amerika merestui resolusi itu dan hanya sembilan undi yang menolak. Resolusi itu dibuat sebagai tindak balas kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Kongres Pramila Jayapal, di mana dia menggelar Israel sebagai negara perkauman.

BACA JUGA: JAIM Akan Libatkan Polis Jika Penganjur Acara Ratu Pondan Berdegil

BACA JUGA: ‘Setuju Allah Adalah Nabi Muhammad SAW’, PDRM Digesa Siasat Keluarga Ajaran Sesat

BACA JUGA: Kes Guru Ponteng: Tiga Bekas Pelajar Menang Saman, Pampasan RM50,000 Seorang

Pergerakan penentangan Palestin yang berpangkalan di semenanjung Gaza mengecam resolusi itu dan menyatakan, ketetapan AS ini telah mengabaikan sejarah hitam pendudukan rejim Zionis, yang dipenuhi dengan berpuluh-puluh pembunuhan beramai-ramai.

Hampir setiap hari tentera rejim Zionis membawa masuk jentolak ke wilayah yang diduduki, memaksa rakyat Palestin keluar dari rumah mereka, memusnahkan dan merobohkan harta benda di depan mata mereka.

Resolusi AS ini, tidak akan mengubah realiti entiti penjajah rejim Zionis sebagai negara penjenayah dan perkauman, yang bergantung pada penghapusan etnik. Menggantikan pemilik sah tanah itu dan menggantikan mereka dengan penceroboh haram rejim Zionis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: