Tempatan

Serangan Masjidil Aqsa, Dunia Usah Berdiam Diri – NGO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 April 2023 – Lebih 40 pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) mendesak agar seluruh dunia tidak hanya berdiam diri terhadap serangan rejim haram aparteid Israel ke atas Masjidil Aqsa, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, tindakan provokasi itu sekali lagi menunjukkan kepada dunia akan kekejaman rejim haram itu terhadap rakyat Palestin.

Katanya, tentera Zionis itu telah menceroboh masuk ke Masjidil Aqsa sejak hari pertama Ramadan dan berkali-kali mengosongkannya.

“Yang paling kejam adalah pada malam 4 April apabila mereka menyerang jemaah, memukul lelaki dan wanita sehingga menyebabkan ramai cedera parah dan ratusan memerlukan rawatan perubatan, selain menahan ratusan lelaki. Serangan ini berulang lagi malam tadi (5 April),” jelasnya dalam satu sidang akhbar, Jumaat lalu.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, katanya, rejim haram itu telah memutarbelitkan cerita dengan dakwaan bahawa jemaah telah mengurungkan diri mereka di dalam masjid, namun sebaliknya tentera Zionis telah menyerang jemaah yang tidak bersenjata dengan bom tangan ‘stun’, peluru getah dan gas pemedih mata.

BACA JUGA: Jalan Gua Musang-Kuala Lipis Ditutup, Polis Cadang Laluan Alternatif

BACA JUGA: Kereta Polis Dengan Muatan Mercun Bernilai RM25000 Ditahan

BACA JUGA: PDRM Nafi Dalang Kes Penyeludupan Mercun

Ujarnya, mereka hendak mengosongkan masjid berkenaan bagi memberi laluan kepada perayaan agama Yahudi iaitu Paskah di mana upacara penyembelihan haiwan akan berlaku.

“Hakikatnya, keseluruhan tapak Masjid Al-Aqsa adalah milik umat Islam secara eksklusif. Melakukan apa-apa ritual agama lain adalah satu penghinaan kepada masjid ketiga paling suci dalam Islam itu,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru komuniti antarabangsa agar mengerahkan segala cara untuk memberikan tekanan paling kuat ke atas rejim haram aparteid Israel ini.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serbuan terbaharu rejim Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa. Kami percaya bahawa serangan semasa bulan suci Ramadan ini membenarkan sekali lagi definisi Israel sebagai entiti pengganas,” katanya.

Dalam masa yang sama, gabungan NGO itu turut mendesak semua Kerajaan khususnya Kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan pendirian yang tegas terhadap rejim haram itu dan menuntut agar mereka segera berundur dari Masjidil Aqsa dan Baitulmuqaddis.

“Semua negara yang cintakan keamanan mesti mengambil langkah untuk mengasingkan Zionis terutama dalam ekonomi.”

“Kami seru Kerajaan terutama kepada Kerajaan Malaysia untuk memberikan input kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ yang telah diberi mandat oleh PBB untuk memberikan nasihat dan pendapat tentang akibat undang-undang yang timbul akibat dasar Israel di wilayah Palestin diduduki iaitu sebenarnya dilakukan Israel adalah jenayah aparteid dan kemanusiaan, dilakukan Zionis,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: