Antarabangsa

Hamas Larang Ganggu Gugat Status Masjid Al-Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 16 Mac 2023 – Pergerakan pembela Palestin, Hamas telah mengeluarkan amaran bahawa mana-mana perubahan berkaitan dengan status quo bagi Masjid al-Aqsa akan menyebabkan pergolakan di kawasan Palestin yang diduduki Israel.

Amaran tersebut dibuat pada satu sesi kenyataan yang diterbitkan oleh al-Aqsa TV oleh Timbalan Ketua Staf Brigade al-Qassam, Marwan Issa.

BACA JUGA: Tauliah Ceramah: Masjid Perlu Kekal Zon Aman – JAWI

BACA JUGA: Ceramah Hina Institusi Diraja, Polis Buka Siasatan

BACA JUGA: Banjir Kilat Melanda Kawasan Gempa Bumi Turkiye, 14 Terkorban

Menurut kenyataan tersebut, kawasan yang diduduki iaitu Tebing Barat dan al-Quds adalah “arena bagi tindakan dan pengaruh strategik” pada ketika ini. Beliau juga mengulangi amaran bahawa pihak mereka tidak akan berdiam diri pada kedua-dua kawasan.

Menurutnya,

“Kami akan mempertahankan orang-orang kami dengan segala upaya kami jika campur tangan secara langsung diperlukan.”

Beliau turut menyatakan bahawa orang Palestin sangat bersemangat dalam mempertahankan hal ini dengan semangat syahid yang ada. Mereka juga sangat sedar akan hal kebenaran dalam mempertahankan perkara tersebut serta kesatuan dalam menghadapi pendudukan.

Kenyataan tersebut dibuat setelah para penceroboh Israel membuat seruan untuk membuat serangan besar-besaran di Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan, yang mana tindakan tersebut telah menerima kutukan Hamas.

Selasa lalu, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Salah al-Aruri telah mengatakan bahawa risiko peningkatan ketegangan “adalah tertakluk oleh keganasan yang dilakukan oleh penceroboh Israel di seluruh Palestin dan di kawasan Masjid al-Aqsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: