Tempatan

Tauliah Ceramah: Masjid Perlu Kekal Zon Aman – JAWI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2023 – Susulan isu pentauliahan penceramah di masjid beberapa negeri di Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru agar masjid kekal sebagai zon aman dan bebas dari sebarang pengaruh serta unsur politik kepartian.

Dalam kenyataan media semalam, Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail berkata, semua masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah memastikan semua penceramah mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Tambah jabatan itu, sebarang pelanggaran terhadap ketetapan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

BACA JUGA: Banjir Kilat Melanda Kawasan Gempa Bumi Turkiye, 14 Terkorban

BACA JUGA: Banjir: Kerajaan Benarkan Pelajar Ke Sekolah Dengan Pakaian Bebas

BACA JUGA: Malaysia Perlu Bangunkan Industri Gula Sendiri

Dalam pada itu, Mohd Ajib turut menekankan bahawa institusi masjid dan surau seharusnya menjadi medan menyampaikan pencerahan kepada ummah, menyebarkan semangat muhibbah dan perpaduan serta tidak menjadi punca kekeliruan, perbalahan dan persengketaan yang mencetus perpecahan masyarakat.

Menurut mereka, “Sebagaimana sedia maklum, semua masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah tertakluk di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019, dan pekeliling-pekeliling semasa.”

Ini bagi memastikan agar institusi tersebut ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama, ujar jabatan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: