Antarabangsa

Imej AI ‘All Eyes on Rafah’ Capai Lebih 44 Juta Perkongsian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIS, 30 Mei 2024 – Imej yang dijana AI yang mengandungi perkataan ‘All Eyes on Rafah’ telah mencapai lebih 44 juta perkongsian di platform Instagram sejak Isnin lalu selepas tragedi serangan ‘berdarah’ rejim haram apartheid Israel ke atas kem pelarian rakyat Palestin di bandar Gaza.

Laporan berkata, imej berkenaan memaparkan barisan khemah yang padat di tengah-tengah landskap padang pasir dan terlindung oleh gunung-ganang yang mana ia merujuk kepada ratusan ribu rakyat Palestin yang melarikan diri ke kawasan tersebut sewaktu misi ketenteraan rejim haram Israel terhadap pejuang Hamas.

Slogan ‘All Eyes on Rafah’ itu juga dikatakan telah dikongsi secara meluas dalam penerbitan dan rangkaian sosial yang lain terutamanya platform X yang mana tanda pagar #alleyesonrafah telah mencapai hampir satu juta.

Mengimbas kembali, baru-baru ini rejim haram apartheid Israel bertindak melakukan serangan udara ke atas kem pelarian penduduk Palestin hingga mengakibatkan puluhan terkorban.

Namun begitu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan serangan itu sebagai “kesilapan tragis” dan menyatakan bahawa ia sedang disiasat oleh Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: