Antarabangsa

Banjir Kilat Melanda Kawasan Gempa Bumi Turkiye, 14 Terkorban

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 16 Mac 2023 – Dua wilayah Turkiye yang musnah dilanda gempa bumi bulan lalu diuji sekali lagi apabila banjir kilat melanda kawasan itu sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 14 mangsa.

Ramai daripada mereka yang terkorban adalah mangsa gempa bumi yang tinggal di khemah dan rumah kontena yang didirikan di tenggara Turki selepas dilanda gempa.

BACA JUGA: Banjir: Kerajaan Benarkan Pelajar Ke Sekolah Dengan Pakaian Bebas

BACA JUGA: Malaysia Perlu Bangunkan Industri Gula Sendiri

BACA JUGA: Kadar Zakat Fitrah Selangor Kekal Ikut Harga Beras Dimakan

Selain 14 yang terkorban, sekurang-kurangnya lima orang lagi turut dilaporkan hilang, kata pegawai.

Hujan lebat melanda kawasan itu pada lewat hari Selasa dan dijangkakan berlarutan sehingga lewat Rabu.

Rakaman menunjukkan banyak kenderaan dihanyutkan arus air banjir yang deras.

Lebuhraya Bozova-Hilvan di Şanlıurfa turut terjejas akibat bencana banjir. Di kilometer ke-8 lebuh raya, jalan runtuh di kawasan Devil dan jalan ditutup kepada lalu lintas.

Melihat keadaan banjir yang luar biasa ini, Gabenor Sanliurfa, Sahih Ayhan merayu kepada semua penduduk untuk mengosongkan tingkat bawah dan ruang bawah tanah rumah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: