Antarabangsa

Tentera Rejim Haram Zionis Bunuh Remaja Dan Tiga Lagi di Ramallah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 04 Jun 2022 – Tentera rejim haram zionis baru-baru ini kembali menumpahkan darah rakyat Palestin apabila menembak mati seorang remaja dan tiga lagi mangsa di kawasan Tebing Barat baru-baru ini.

Menurut Persatuan Palang Merah Palestin, Odeh Mohammed Odeh, 17, dikejarkan ke hospital apabila ditembak di dada di kawasan barat Ramallah oleh tentera ganas Zionis.

“Doktor telah mencuba untuk selamatkan beliau, tetapi beliau meninggal hasil daripada kecederaan kritikal,” ujar Persatuan Palang Merah seperti yang dilaporkan Al-Jazeera.

Selain daripada Odeh, tentera pengganas zionis juga telah membunuh tiga lagi rakyat Palestin, salah seorangnya adalah Ayman Mahmoud Mheisen, bapa kepada tiga orang anak, di mana beliau dibunuh dengan kejam apabila tentera zionis menyerbu kem pelarian Dheisheh.

Tentera pengganas zionis turut membunuh dua lagi individu, Bilal Awad Qabaha, 24, dan Ghufran Warasneh, 31. Lebih menghinakan lagi, tentera zionis turut menyerang upacara pengebumian Warasneh sehingga seorang rakyat Palestin cedera serius.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: