Antarabangsa

Terus Menindas Minoriti Muslim, Reputasi India Serupa Zionis Israel Di Palestin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 22 JUN 2022 – Penindasan berterusan terhadap minoriti umat Islam di India akan menjejaskan reputasi negara itu sekaligus menyerupai keganasan zionis Israel di Palestin, ujar Dr Abdulla Alamadi.

Beliau yang merupakan seorang penulis dan kolumnis Al Sharq, sebuah syarikat akhbar di Doha, Qatar, telah mengatakan sedemikian menerusi ciapan di laman Twitternya.


“Menyasarkan golongan minoriti di India, terutamanya Muslim, dengan kewujudan kerajaan yang tidak serius tentang penyebaran ucapan kebencian, akan memberi kesan kepada reputasi global India,” jelas Dr Abdulla mengenai isu penindasan terhadap umat Islam di India.

Tambahnya lagi, tindakan tersebut mungkin akan mengakibatkan reputasi negara itu sama seperti reputasi penjajah zionis Israel di Palestin.

Ciapan tersebut turut dimuatnaik bersama sekeping gambar yang memaparkan seorang individu memegang kertas bertulis, “Jangan jadikan India Israel kos rendah”.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan Uttar Pradesh (UP) di utara India telah merobohkan rumah beberapa penduduk Islam di sana yang didakwa terlibat dalam ‘protes agama’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: