Kenapa Tak Pertahan Palestin Seperti Pertahankan Ukraine? – MP Ireland
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
IRELAND, 11 Mac 2022 – Richard Boyd Barrett, Ahli Parlimen Ireland, menyelar kerajaan Ireland yang disifatkan sebagai hipokrit dalam memberikan respon terhadap isu Palestin jika dibandingkan dengan isu Ukraine.
Beliau menyatakan kerajaan Ireland berjaya mengenakan sekatan ke atas Rusia dalam tempoh 5 hari tetapi gagal mengenakan tindakan yang sama ke atas Israel yang menyerang Palestin selama 70 tahun.
“Lima hari sahaja untuk kamu sekat Putin dan konconya, manakala 70 tahun penindasan ke atas rakyat Palestin dan kamu (hanya) katakan ‘sekatan tidak membantu’?” soal beliau dalam Parlimen Ireland Rabu minggu lepas.
Kenapa Tak Pertahan Palestin Seperti Pertahankan Ukraine? – MP Ireland
Artikel penuh: https://t.co/qkdK4Uzgfa pic.twitter.com/K2dA5P9h5V
— Samudera.my (@MySamudera) March 11, 2022
Beliau juga menekankan bagaimana kerajaan Ireland begitu berhati-hati dalam menyuarakan isu Israel, tidak sepertimana yang dilakukan terhadap Rusia.
“Kamu dengan mudah boleh gunakan perkataan yang keras dan tegas untuk menggambarkan kekejaman Vladimir Putin. Tetapi kamu tak boleh gunakan nada yang sama untuk bercakap tentang layanan Israel ke atas warga Palestin,” tegasnya.
“Perkataan ‘aparteid’ pun kalian enggan guna, apatah lagi kenakan sekatan (ke atas Israel)” tambahnya lagi.
Baru-baru ini, beberapa buah negara dunia mengenakan sekatan ekonomi dan beberapa sekatan lain ke atas Rusia susulan serangan oleh Vladimir Putin ke atas Ukraine.
Presiden Rusia tersebut pula memberikan respon, di mana beliau menganggap sebarang sekatan ke atas Rusia sebagai sebuah pengisytiharan perang.