Antarabangsa

Tidak Cukup Dengan Baitulmuqaddis, Zionis Serang Nelayan Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 04 Jun 2022 – Setelah serangan demi serangan dilakukan di Baitulmuqaddis, zionis Israel telah meningkatkan pencerobohannya terhadap industri perikanan Gaza pula, lapor Middle East Monitor.

Zakariya Baker, Ketua Jawatankuasa Nelayan di Gaza berkata, zionis Israel telah melepaskan tembakan ke arah dua bot nelayan di luar pantai Gaza pada Rabu lalu. Mereka turut menahan lima orang nelayan selain tiga nelayan yang berada di atas bot sasaran.

Menurutnya, enam nelayan telah dibebaskan namun dua lagi masih kekal di dalam tahanan zionis Israel. Mereka telah meletakkan beberapa syarat yang sulit untuk pembebasan salah satu bot rampasan termasuk membayar denda bernilai NIS20,000 bersamaan RM26,332.82.

Petang kelmarin, Laut Rafah, Semenanjung Gaza digemparkan dengan satu insiden di mana tentera Zionis Israel melepaskan tembakan senjata berat dan gas pemedih mata ke arah nelayan. Mereka turut dikejar menggunakan meriam air dan dipaksa meninggalkan perairan tersebut, seperti laporan agensi berita Maan.

Tegas Zakariya, jenayah dan keganasan zionis Israel terhadap nelayan Gaza adalah berterusan. Serangan itu bertujuan untuk melemahkan industri perikanan Semenanjung Gaza kerana ia adalah salah satu sumber jaminan makanan bagi kawasan tersebut yang telah dikepung.

Pada Mei lalu, pihak Tentera Laut Zionis Israel telah melepaskan sebanyak 47 kali tembakan ke arah bot nelayan, menahan 10 orang nelayan, merampas empat bot nelayan, membahagikan zon menangkap ikan dan melarang kemasukan peralatan menangkap ikan ke kawasan Semenanjung Gaza yang telah dikepung.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: