Tempatan

Hulurkan Bantuan Sekadar Yang Mampu Untuk Rakyat Palestin – YDP Agong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEKAN, 20 Oktober 2023– “Sekadar mana yang kita mampu, kita bantulah… memberi sedikit bantuan dari segi kewangan, dari segi peralatan, dari segi pakaian… supaya ia dapat meringankan bebanan yang dirasai oleh rakyat Palestin.”

Titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Penyerahan Replika Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Pahang Tua, Pekan hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut  menyeru rakyat Malaysia mengadakan solat hajat dan mendoakan agar rakyat dan bumi Palestin dapat dipertahankan khususnya kawasan Masjidil Aqsa.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda menitahkan rakyat Malaysia dan Pahang untuk bersyukur dengan segala apa yang dimiliki hari ini.

“Seluruh rakyat Malaysia dan Pahang harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau kita tengok dalam televisyen tiap-tiap hari masalah di Palestin, tanah Palestin, rakyat Palestin, begitu sedih dan begitu dukacita di atas kekejaman rejim Zionis yang telah mengorbankan beribu rakyat Palestin.”

“Dan saya percaya Allah SWT akan sentiasa memberi rahmat kepada mereka semua ini. Mungkin sebahagian daripada mereka akan mati dalam syahid, dan kita berdoa supaya mereka ini berada dengan golongan orang yang beriman dan muttaqin,” titah Seri Paduka Baginda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: