Antarabangsa

Rakyat Gaza Ancaman Bagi Israel, Mesti Dipindahkan – Menteri Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 02 Januari 2024 – Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich telah mengeluarkan kenyataan bahawa majoriti orang Arab Palestin yang tinggal di Gaza sepatutnya digalakkan untuk berpindah ke negara-negara lain.

Beliau juga turut menyatakan bahawa tindakan drastik perlu diambil bagi memastikan keselamatan Israel dan bagi mengelak sebarang pencerobohan yang dilakukan oleh Hamas pada masa akan datang.

Ujarnya, “Apa yang perlu dilakukan di Semenanjung Gaza adalah menggalakkan perpindahan.”

“Jika terdapat 100,000 atau 200,000 orang Arab di Gaza dan bukan 2 juta Arab, keseluruhan perbahasan akan berbeza.”

Kenyataan tersebut telah dibuat Smotruch menerusi sebuah sesi temu bual bersama Army Radio pada Ahad lalu.

Katanya lagi, Gaza yang tiada warga Arab Palestin tidak akan lagi mengancam entiti Yahudi tersebut, kerana menurutnya, warga Palestin yang hidup di bawah pemerintahan Hamas adalah “membesar dengan aspirasi untuk memusnahkan negara Israel.”

Sejak tentera Israel melancarkan serangan terhadap Gaza pada Oktober lalu, kini lebih daripada 85 peratus populasi Gaza sudah dipindahkan yang mana angka perpindahan itu telah mencecah sehingga 1.9 juta orang penduduk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: