Antarabangsa

Komuniti Yahudi di Kiev Dijemput Pindah ke Palestin – Kementerian Imigresen Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 09 Mac 2022 – “Kami menggesa komuniti Yahudi di Kiev untuk berpindah ke Israel (rumah anda),” ujar Kementerian Imigresen dan Penyerapan Israel.

Perancangan Israel untuk membawa masuk pelarian Yahudi dari Ukraine adalah untuk mengekalkan ‘ketuanan’ demografi Yahudi ke atas penduduk Palestin yang kian ditindas berdekad lamanya agar populasi mereka dihapuskan.

Bagi menjayakan rancangan itu, Israel sanggup menghapuskan halangan birokrasi bagi memastikan pelarian Yahudi Ukraine berhijrah dan tiba secepat mungkin.

Bulan lalu, Bahagian Penempatan Pertubuhan Zionis Sedunia yang dibiayai oleh kerajaan Israel mengumumkan pembinaan 1,000 struktur perumahan di atas tanah Palestin.

Perumahan yang dibina itu adalah semata-mata untuk menempatkan keluarga Yahudi Ukraine malah ia diduduki secara haram.

“Israel melihat krisis Ukraine sebagai peluang besar untuk membawa masuk pendatang Yahudi bagi meningkatkan jumlah populasi mereka,” ujar Profesor Lana Tatour di University of New South Wales di Sydney.

Beliau menyuarakan lagi bahawa Israel sebenarnya tidak membuka sempadannya untuk pelarian Ukraine, tetapi membukanya khas untuk pelarian Yahudi Ukraine.

Malah, bagi melancarkan rancangan itu, Israel membuka enam stesen untuk memproses permohonan pelarian Yahudi iaitu di Poland, Moldova, Romania dan Hungary.

Pelarian Yahudi itu juga diberikan ‘layanan istimewa’ dengan diberikan makanan dan ditempatkan di negara jiran yang menyalurkan perlindungan termasuk di hotel sebelum diterbangkan ke Israel.

Menurut Tatour, tindakan Israel itu bukanlah tindakan kemanusiaan sebaliknya ia merupakan tindakan yang taksub dalam memastikan keunggulan demografi orang Yahudi ke atas Palestin.

Kumpulan Hak Asasi Manusia menyelar undang-undang dan dasar Israel berkenaan demografi itu dan ia didokumenkan sebagai sebahagian daripada jenayah kemanusiaan dalam sistem apartheid di mana pegawai Israel boleh dipertanggungjawabkan secara jenayah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: