Antarabangsa

Keadaan Palestin Semakin Tenat, Israel Tingkatkan Serangan – PM Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 24 Februari 2023 – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh mengatakan bahawa keadaan di Palestin semakin serius susulan peningkatan serangan daripada pihak rejim haram aparteid Israel kebelakangan ini.

Katanya, situasi tersebut terjadi selepas kumpulan sayap kanan kerajaan haram meluluskan pembinaan penempatan penjajah, membunuh di luar undang-undang, menyerbu dan melakukan de-Palestinisasi di tapak suci Baitulmuqaddis.

BACA JUGA: Minyak Sawit: Tingkatkan Usaha Kekang Kempen Negatif Media Barat

Shtayyeh memaklumkan sedemikian dalam sebuah pertemuan bersama ahli parlimen Eropah, Nicola Beer di pejabatnya.

Beliau turut mendedahkan kepada Nicola mengenai pencerobohan maut tentera haram Israel di bandar Nablus, utara Tebing Barat, yang mengakibatkan 11 rakyat Palestin terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang warga emas.

BACA JUGA: BELANJAWAN 2023 Perlu Beri Kesan Kepada Komuniti Ekonomi Bumiputera

Pencerobohan puak rejim juga telah mencederakan lebih 100 rakyat Palestin menggunakan peluru hidup, di mana enam orang dilaporkan dalam keadaan kritikal hingga sangat kritikal.

BACA JUGA: Beberapa Jalan Di Kuantan Ditutup Esok

Selain itu, Shtayyeh menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengambil tindakan serius untuk melindungi penyelesaian dua negara melalui tekanan ke atas rejim haram Israel agar semua tindakan unilateral dan pencabulan terhadap rakyat Palestin dihentikan sekali gus semua perjanjian yang ditandatangani harus dipatuhi pihak rejim.

Beliau juga menyeru negara anggota EU mengiktiraf Negara Palestin sebagai cara menghadapi tindakan rejim haram mensabotaj penyelesaian dua negara sekali gus menjadikan Negara Palestin sebuah realiti.

Tegasnya, Israel terus menunjukkan sikap tidak menghiraukan undang-undang dan konvensyen antarabangsa malah bertindak sebagai ‘negara di atas undang-undang’.

Terkini, rejim haram aparteid Israel telah menggandakan serangan terhadap Nablus dan sebuah lagi bandar berhampiran, Jenin sejak hujung tahun lalu setelah Benjamin Netanyahu berjaya menyandang kembali jawatan perdana menteri.

Tentera Rejim Haram Aparteid Israel Serang Tebing Barat, 11 Syahid

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: