Antarabangsa

Israel Rampas Lembu Warga Palestin, Tuntut Bayaran Tinggi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 03 Januari 2023 – Pihak berkuasa pendudukan Israel mengenakan tuntutan bayaran yang tinggi terhadap seorang petani Palestin sebagai syarat untuk membebaskan 19 ekor lembunya yang dirampas oleh tentera pendudukan tersebut baru-baru ini.

Menurut aktivis hak asasi manusia, Arif Daraghmeh, Qadri Daraghmeh dikehendaki membayar 49,000 shekel (RM62,546) bagi membebaskan 19 ekor lembunya yang dirampas tentera pendudukan Israel pada minggu lalu ketika sedang meragut rumput di Lembah Jordan.

Memetik laporan yang merujuk kepada agensi berita Wafa, rampasan tersebut berlaku berikutan hasutan daripada peneroka haram Israel yang menyebabkan tentera Israel merampas kawanan ternakan tersebut.

Kata laporan tersebut, peneroka haram dilindungi oleh pasukan keselamatan pendudukan Israel dan sering menghalang ternakan petani Palestin daripada meragut rumput di padang rumput terbuka, utara Lembah Jordan.

Lokasi tersebut dikatakan sebagai kawasan yang sangat subur di sepanjang Tebing Barat Sungai Jordan dan merupakan tempat tinggal kepada 65,000 rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: