Tempatan

Berjuang Membebaskan Tanah Sendiri Bukan Terrorisme – Tun Mahathir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 November 2023 – Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir telah menyatakan bahawa berjuang untuk membebaskan tanah sendiri yang telah dicuri bukanlah terrorisme.

Kenyataan tersebut telah diakui oleh beliau sewaktu berlangsungnya sebuah sesi temu bual dalam talian bersama media Russian Times, sewaktu ditanya oleh hos rancangan tersebut.

Menurut Tun Mahathir lagi, adalah sangat jelas bahawa Israel sedang melakukan perkara yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan membina penempatan (haram) mereka di tanah orang lain, menjajah tanah mereka dan membunuh penduduk tanah tersebut.

Beliau turut menyatakan tentang sikap Israel di mana rejim haram tersebut berpendirian jika orang-orang mereka dibunuh, mereka akan membunuh lebih ramai orang yang mereka anggap sebagai musuh.

Menerusi temu bual yang sama juga, Tun Mahathir membuat kenyataan tentang penyalahgunaan kuasa veto oleh Israel di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mana ianya telah mengetepikan bantahan banyak negara terhadap tindakan zalim rejim itu terhadap warga Palestin.

Dalam hal ini, menurut beliau lagi, Majlis Keselamatan PBB adalah bersalah kerana jika kuasa veto digunakan di dalam Perhimpunan Agung PBB, maka suara negara-negara lain secara langsung telah diketepikan dan tindakan ini dianggap sah.

Ujarnya lagi, tanpa bantuan daripada negara seperti Amerika Syarikat (AS), Israel tidak akan bertindak sebagaimana yang mereka lakukan pada hari ini.

Justeru beliau turut menyatakan bahawa AS turut bersalah dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: