Terkini

Tentera Israel Serbu Masjid Al-Aqsa, Ratusan Rakyat Palestin Cedera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 15 April 2022 – Polis Israel menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitul Muqaddis Timur mengakibatkan sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin cedera dalam serangan tersebut.

Pihak berkuasa masjid mengatakan bahawa polis Israel mula menyerbu masjid sebelum subuh pada hari Jumaat sewaktu jemaah sedang berkumpul di masjid bagi menunaikan solat Subuh.

BACA: Tentera Israel Berpesta Bunuh Muslimah OKU Palestin Tanpa Senjata

BACA: Kabinet Israel Ketawakan Ratusan Pelarian Ukraine Dipaksa Melacur

BACA: Varian Baru COVID-19 Dikenalpasti Berpunca Dari Israel

Pihak pengurusan masjid turut berkata, salah seorang pengawal di tapak itu ditembak di mata dengan peluru getah.

Terdapat rakaman video tular dalam laman web yang menunjukkan rakyat Palestin membaling batu di saat tentera Israel melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan manakala jemaah yang lain pula cuba menyelamatkan diri mereka di dalam masjid tersebut yang dikaburi gas pemedih mata.

Rentetan itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan majoriti yang cedera dipindahkan ke hospital namun tentera Israel menghalang ketibaan pasukan ambulans dan paramedik mereka.

Menurut media Palestin, berpuluh-puluh jemaah yang cedera masih terperangkap di dalam kawasan itu.

Tentera Israel mengatakan, mereka memasuki tapak ketiga paling suci dalam Islam dan dihormati oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount bagi memecahkan kumpulan “ganas” yang tinggal di penghujung solat Subuh.

Malah, mereka masuk ke kawasan itu katanya bagi menyuraikan orang ramai yang dakwanya sekumpulan Palestin mula melontar batu kevarah ruang solat Yahudi berdekatan Tembok Barat.

Ketegangan meningkat sejak kebelakangan ini apabila tentera Israel melakukan penangkapan dan serbuan di Tebing Barat susulan serangan maut terhadap rakyat Palestin di Israel.

Insiden itu mencetuskan pertempuran yang mengakibatkan beberapa rakyat Palestin terbunuh.

Tahun lalu, serbuan tentera Israel ke atas Al-Aqsa membawa kepada kematian 260 rakyat Palestin selain mengakibatkan kemusnahan yang ketara di wilayah itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: