Tempatan

Palestin Ibarat Penjara Terbesar, Rakyat Malaysia Diseru Sokong Rakyat Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2023 – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyatakan Palestin umpama penjara terbesar kerana rakyatnya disekat dari pelbagai bantuan dalam ketegangan yang berlaku antara negara berkenaan dengan Israel.

Kata beliau dalam satu video yang dimuatnaik di Facebook rasminya, beliau mengutuk sekeras-kerasnya apa juga tindakan atau perbuatan keji dalam bentuk penaklukan dalam keadaan melakukan keganasan dan juga menindas rakyat yang tidak berdosa.

Dalam kenyataan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang ditindas di bumi sendiri kerana tidak diberi kebebasan untuk mendapatkan akses kepada keperluan asas yang sepatutnya.

“Bayangkan mereka tinggal di bumi sendiri tetapi tidak diberi kebebasan untuk mendapatkan akses kesihatan, makanan tidak boleh masuk dengan bebas, macam-macam bantuan itu disekat.”

“Ini seolah-olah hidup dalam neraka, saya kesian. Ini penjara terbesar di dunia ini,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Atas dasar kemanusiaan, beliau turut menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira agama untuk sama-sama menyokong rakyat Palestin.

“Biarlah mereka hidup di bumi sendiri dengan bebas,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mempersilakan mereka yang boleh menghulurkan bantuan untuk melakukan sedemikian atau dengan memanjangkan doa agar rakyat Palestin dapat hidup dalam keadaan aman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: