Antarabangsa

Amnesty Gesa London Tidak Sekat Perarakan Pro-Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 10 November 2023 – Pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International menggesa Polis Metropolitan di London supaya tidak melarang dan mengharamkan perarakan pro-Palestin di ibu negara hujung minggu ini.

Pertubuhan hak asasi manusia itu memberi amaran, terdapat tekanan politik yang dibawa oleh menteri kerajaan untuk menghalang protes itu berlaku, ketika Pesuruhjaya Polis Metropolitan Mark Rowley mempertimbangkan sama ada akan mengambil tindakan untuk menghentikan perarakan pada 11 November ini.

Perdana Menteri Rishi Sunak sebelum ini menyifatkan rancangan untuk mengadakan demonstrasi pro-Palestin pada hujung minggu ini sebagai tidak hormat.

Manakala Setiausaha Dalam Negeri Bayangan Buruh Yvette Cooper pula berkata, melarang perarakan itu adalah urusan dan tanggungjawab pihak polis.

Penganjur perarakan itu, Kempen Solidariti Palestin yang disiarkan pada hari Selasa, tetap akan berarak pada hari Sabtu ini, seperti yang telah dilakukan sejak serangan kejam Israel ke atas Gaza bermula, yang telah membunuh lebih 10,000 orang, termasuk hampir 5,000 kanak-kanak.

Tambahnya lagi, Kempen Solidariti Palestin ini adalah perarakan aman, tersusun dan berkaitan dengan hak asasi demokrasi.

Kebanyakan protes yang telah dijalankan setakat ini adalah aman dan dijangka 70,000 orang akan menghadiri perarakan terbaru itu, yang akan bermula di Marble Arch di pusat bandar dan berakhir di Kedutaan AS sehari sebelum Remembrance Sunday.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: