Antarabangsa

Arab Saudi Hos Persidangan Negara Islam, Bincang Isu Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 09 November 2023 – Arab Saudi akan menjadi tuan rumah bagi beberapa persidangan yang berkaitan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam bagi membincangkan isu peperangan di Gaza.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Khalid Al-Falih, Menteri Pelaburan Arab Saudi pada Rabu lalu sewaktu memberi ucapan di sebuah forum, Bloomberg New Economy Forum yang berlangsung di Singapura.

Ujar Khalid, “Kita akan lihat, minggu ini, dalam beberapa hari lagi Arab Saudi akan menganjurkan persidangan Arab tergempar di Riyadh”.

Sebelum ini, Organization of Islamic Cooperation (OIC) telah membuat pengumuman tentang mesyuarat berkenaan konflik di Gaza.

Pada Selasa lalu, Kementerian Luar Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan bahawa mesyuarat ketiga yang telah ditetapkan akan berlangsung melibatkan para pemimpin Liga Arab dan Kesatuan Afrika untuk bersama, akan ditunda bagi memberi tumpuan terhadap dua persidangan lain.

Khalid juga menerusi ucapan yang sama mengatakan bahawa dalam jangka masa pendek, tujuan tiga buah persidangan dan beberapa perjumpaan lain yang diadakan di bawah pimpinan Arab Saudi adalah untuk mendapat resolusi keamanan terhadap konflik yang sedang berlaku di Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: