Antarabangsa

NGO Hak Asasi Antarabangsa Gesa Meta Bayar Pelarian Rohingya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kumpulan yang terkenal dengan pembelaan isu-isu berkaitan hak asasi manusia, Amnesty International telah menuntut bayaran ganti rugi daripada syarikat pemilik Facebook, Meta kerana syarikat tersebut dikatakan gagal untuk mengambil tindakan terhadap tuturan kebencian terhadap Rohingya di platform Facebook.

Amnesty International telah menyatakan bahawa Meta sepatutnya membayar ganti rugi kepada Rohingya berikutan peranan platform Facebook dalam menyemarakkan keganasan terhadap golongan Muslim minoriti di Myanmar itu.

Kumpulan hak asasi tersebut mengatakan bahawa para aktivis sebelum ini telah menzahirkan kebimbangan mereka terhadap isu ini dengan pihak Meta seawal tahun 2012 lagi.

Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard menyatakan bahawa algoritma Facebook telah menyebabkan api kebencian terhadap orang Rohingya menjadi lebih marak sehingga menyebabkan keganasan di dunia nyata. Menurutnya,

“Ketika tentera Myanmar sedang melakukan jenayah terhadap orang Rohingya, Meta pula mengambil untung daripada laungan kebencian yang diakibatkan oleh algoritmanya”.

Beliau turut bahawa syarikat tersebut kini mempunyai tanggungjawab dalam menyediakan ganti rugi terhadap mereka yang telah menjadi mangsa keganasan yang disebabkan oleh tindakan melulu syarikat itu.

Pada bulan Disember tahun lalu, para pelarian etnik Rohingya telah mengambil tindakan saman terhadap syarikat Meta sebanyak USD 150 bilion berikutan kegagalan syarikat tersebut bertindak terhadap tuturan kebencian yang ditujukan kepada etnik itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: