Antarabangsa

Bersempena Ramadan, Pengganas Israel Ranapkan Al-Aqsa Dan Serang Umat Islam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 18 April 2022 – Tentera pelampau Israel telah bertindak menyerang umat Islam yang sedang menunaikan ibadah serta merosakkan dewan solat di Masjid al-Aqsa dalam satu lagi siri keganasan Jumaat lalu.

Dalam sebuah video yang tular, kelihatan tentera Israel sedang menyerang umat Islam yang sedang beribadah di dalam dewan solat Masjid al-Aqsa, selain menyelerakkan kelengkapan masjid.

BACA: Tentera Israel Berpesta Bunuh Muslimah OKU Palestin Tanpa Senjata

BACA: Bunuh Melayu Kerana Benci, Warga Australia Dipenjara 5 Tahun Di Singapura

BACA: Sami Hindu Ikrar Culik Dan Rogol Muslimah Depan Masjid

Tempat ibadah suci umat Islam tersebut dicemari dengan darah, tangisan dan belerang apabila turut kelihatan dalam video tersebut adalah percikan-percikan ‘bunga api’ diletuskan di dalam dewan solat Masjidil Aqsa.

Sebuah ciapan di laman Twitter turut menunjukkan bagaimana dua orang anak kecil hanya mampu menangis melihat bapanya diserang oleh tiga orang tentera Israel.

Episod keganasan Israel yang telah mencemarkan bulan suci Ramadan ini telah mengakibatkan kecederaan ke atas lebih kurang 150 umat Islam.

Berikutan kejadian yang berlaku, pengguna media sosial mempersoalkan mengapa keganasan Israel ini tidak menerima reaksi yang serupa oleh kuasa-kuasa besar dunia sepertimana yang diperolehi oleh Ukraine.

“Semua media menceritakan tentang Ukraine, bagaimana pula Palestine? Syria? Yemen? Afghanistan? Sangat sedih melihat insan tak berdosa dibuli di seluruh dunia,” ujar Muhammad Mokaev , pemegang 6 pingat acara gusti Britain.

“2022 membuktikan yang ia hanyalah (perjuangan) hak asasi manusia apabila (melibatkan) orang kulit putih, kalau tidak maka ia seperti tiada apa-apa berlaku,” ujar seorang pengguna lain.

Leave a Reply

Back to top button