Antarabangsa

Ibu Ditarik Ketika Pertahankan Kubur Anak Daripada Dimusnahkan Oleh Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BAITULMUQADDIS, 27 Oktober 2021 – Seorang ibu dilihat telah ditarik secara paksa oleh tentera Israel ketika mempertahankan kubur anaknya daripada dimusnahkan jentolak.

Raungan wanita tersebut langsung tidak diendahkan oleh pihak tentera Israel yang dilihat berusaha memisahkan wanita itu daripada memeluk batu yang menjadi sebahagian kubur anaknya.

Terdapat beberapa orang awam yang turut berada di tempat kejadian dan dilihat mempertahankan wanita tersebut daripada dikasari oleh tentera Israel.

Tentera Israel sedang melakukan kerja-kerja merobohkan kubur orang Islam untuk membina sebuah taman di Tanah Perkuburan Al Yusufiye, di Timur Baitulmaqdis.

Sebelum ini, portal Samudera.my turut melaporkan pihak berkuasa Israel menembak dan menggunakan bom tangan pegun untuk menyerang penduduk Palestin yang membantah perkuburan tertua umat Islam dikorek untuk dijadikan sebuah taman bertemakan Bible setelah memperoleh kebenaran yang diberi oleh Mahkamah Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: