Antarabangsa

Penduduk Israel Keluarkan Lagu Pembakaran Bandar Hawara Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HAWARA, 11 Mac 2023 – Penduduk rejim haram aparteid Israel telah mengeluarkan sebuah lagu yang menggalakkan lagi pembakaran bandar Hawara di Palestin.

Lapor media Timur Tengah, lagu itu mula dikongsi melalui platform Whatsapp oleh sekumpulan peneroka ekstremis yang terlibat secara aktif dalam serangan terhadap rakyat Palestin dan penubuhan penempatan haram di Tebing Barat.

Antara lirik dalam lagu tersebut adalah ‘Tiada apa-apa seperti Hawara, mengusir wanita dari sana, tua dan muda dan juga para gadis’, bahkan lirik tragedi pembakaran bandar tersebut juga dimasukkan seperti ‘Mereka membakar trak, jalan raya, kereta, ambulans dan jentera bomba mereka, anda tidak akan mengenali Hawara lagi’.

Lirik-lirik tersebut dilapisi melodi lagu penyanyi Zionis, Hanan Ben-Ari namun penyanyi itu menyifatkannya sebagai lawak yang tidak kelakar dan tidak sesuai.

BACA JUGA: PBB Potong Bantuan Makanan Rohingya Di Bangladesh, Pemerhati Gusar

BACA JUGA: KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman “Bad Idea” – Kesatuan Pekerja Bank Sarawak

BACA JUGA: Mentega Terbang: Polis Sudah Ambil Keterangan Pengarah, Pelakon

Terkini, seorang rakyat Palestin terbunuh dan hampir 400 orang cedera dalam serangan peneroka pada 26 Februari lalu.

Terdahulu, Samudera.my turut melaporkan bahawa ahli parlimen Israel berhaluan kanan Zvika Fogel dipercayai telah meluluskan amukan peneroka yang membakar kereta, rumah serta membunuh seorang warga Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: