Tempatan

Portal Dedah 12 Operasi Mossad Sejak 2010 Termasuk 3 Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2022 – Baru-baru ini, negara digemparkan oleh kejadian ejen perisikan Israel, Mossad merekrut rakyat Malaysia untuk menculik dua lelaki warga Palestin yang dipercayai merupakan aset Briged Pejuang Hamas Al-Qassam.

Namun, operasi Mossad itu disyaki telah beroperasi sejak tahun 2010, termasuk dua di Malaysia.

Menurut analogi yang dikeluarkan, kejadian bermula dengan serangan mati ke atas Masoud Alimohammadi di Tehran pada 12 Januari 2010.

Tujuh hari selepas itu, kejadian sama berulang di Dubai. Namun, Israel menidakkan insiden itu.

Pada 23 Julai 2011, seorang lagi dibunuh di Tehran. Mangsa, Darioush Rezaeinejad merupakan ahli dalam pembangunan suis voltan tinggi yang digunakan dalam kepala peledak nuklear.

Seterusnya, Jeneral Hassan Tehrani Moghaddam dibunuh pada 12 November 2011 bersama 17 ahli pengawal revolusi dalam letupan Bid Kaned.

11 Januari 2012, Mostafa Ahmadi Roshan pula dibunuh dengan bom yang dikatakan sama dengan yang digunakan untuk membunuh Darioush.

Sepanjang tahun 2013 hingga 2016, terdapat tiga kes pembunuhan di Lebanon, Syria dan Tunisia.

Pada tahun 2018, Mohammad al-Batsh telah dibunuh di Malaysia ketika sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

Dua tahun kemudian, dua lagi pembunuhan berlaku di Tehran.

Terkini, dua warga Palestin diculik di Malaysia pada 28 September lepas. Dua warga Palestin itu dipercayai merupakan aset Briged Pejuang Hamas Al-Qassam.

Namun, pihak polis berjaya mengesan lokasi mangsa dan menyelamatkan mangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: