Antarabangsa

Palestin Gesa ICC Keluarkan Waran, Tangkap Menteri Keselamatan Zionis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 15 Mei 2023 – Kementerian Luar Palestin menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap dan sepina terhadap Menteri Keselamatan rejim haram aparteid Israel, Itamar Ben-Gvir.

Lapor media, menteri pelampau itu telah menyeru tentera rejim haram membunuh rakyat Palestin di Tebing Barat, seperti yang berlaku di Semenanjung Gaza kebelakangan ini.

Kementerian Palestin menyifatkan pendirian dan kenyataan Ben-Gvir sebagai ‘lesen untuk membunuh rakyat Palestin’ dan gesaannya itu mencerminkan mentaliti penjajah yang mengembang secara beransur-ansur sekali gus membentuk percubaan untuk menghancurkan harapan rakyat di negara Islam itu.

Tambah mereka, seruan Ben-Gvir yang rasis dan fasis bertujuan untuk mencapai ‘pembersihan etnik’ dan penggantian penduduk Palestin dengan penceroboh haram. Ia juga merupakan bukti dasar yang tidak berkaitan dengan pertahanan diri sebaliknya hanya keinginan untuk ‘menakut-nakutkan rakyat Palestin’ dan ‘menabur malapetaka, kemusnahan dan huru-hara’.

BACA JUGA: Cuaca Panas: JAIPk Rancang Adakan Solat Sunat Istisqa

BACA JUGA: Beberapa Kawasan Di P. Pinang Dijangka Terputus Bekalan Air, Paras Air Sungai Muda Turun Mendadak

BACA JUGA: Ribuan Nelayan Demonstrasi Bantah Projek 3 Pulau Buatan

Dalam pada itu, pihak Kementerian menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil pendirian tegas dan jelas terhadap Ben-Gvir serta meminta ICC mengeluarkan sepina dan waran tangkap terhadap menteri itu.

Sementara itu, Duta Besar, Ahmad Al-Deek, penasihat politik Menteri Luar Palestin memaklumkan, “Masyarakat antarabangsa harus meletakkan Ben-Gvir di hadapan ICC dan menganggap kenyataannya sebagai seruan tersembunyi untuk membunuh rakyat Palestin.”

Mustafa Barghouti, Setiausaha Agung sebuah parti Palestin pula berkata bahawa Ben-Gvir cuba mengalih perhatian kegagalan kerajaannya di Gaza untuk melemahkan penentangan Palestin.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa, “Ancaman Ben-Gvir tidak bermakna apa-apa kepada rakyat Palestin, dan nampaknya beliau masih belum memahami bahawa pembunuhan itu tidak melemahkan atau menghalang rakyat Palestin daripada meneruskan perjuangan mereka menentang penjajahan Israel, sebaliknya meningkatkan kekuatan dan keazaman mereka.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: