Tempatan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, YDPA Yang Paling Disayangi Rakyat

KUALA LUMPUR – Hari ini, genaplah dua tahun pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Ketua Negara.

Perkara ini dikongsi oleh Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di dalam Instagram baginda, airtangan_tunkuazizah.

“Alhamdulillah …… genap 2 tahun suami saya menaiki takhta kerajaan Malaysia … semoga dirahmati, dilindungi Allah swt, mendapat petunjuk dan diberkati pemerintahannya … Ampun Tuanku , tahniah ! love you much always…”

Kebanyakan komen rakyat semuanya menyanjungi, menyayangi dan bersyukur Sultan Abdullah serta Raja Permaisuri Agong menjadi pemerintah negara.

Pemilik akaun habbati.co berharap YDPA dan Raja Permaisuri Agong kekal di takhta sampai bila-bila.

“We love you so much as always tuanku. Kalau boleh nak tuanku berdua jadi yang di-Pertuan Agong sampai bila-bila. Kami sayang tuanku sekeluarga sangat-sangat.”

muziatilasma pula berkata, ”Aaminn..Betapa pantasnya masa berlalu..pasangan pemerintah yang terbaik..takpernah bersapa, tapi sentiasa di hati rakyat.”

Pemilik akaun sarah.suki.suki menulis, “2 tahun yang getir..bertukar kerajaan dan lain-lain..Daulat Tuanku. Terima kasih kerana menyayangi rakyat.”

Komen historyadventure, “2 tahun dalam melalui pelbagai cabaran, dalam pemerintahan DYMM Agong & Tuanku @airtangan_tunkuazizah. Semoga diberi kekuatan untuk melalui semua ini. Ampun Tuanku.”

Dan menurut aisyahnazirahh, “Cepatnya masa berlalu, rasa tak cukup 3 tahun je lagi. Tahniah tuanku berdua, semoga Allah merahmati tuanku berdua.”

 

 

 

Patik sekalian di Samudera.my mengucapkan, Daulat Tuanku. Semoga Allah merahmati dan memelihara tuanku serta kerabat. Junjung kasih tuanku kerana menjadi pemerintah yang adil dan dekat dengan rakyat. Dirgahayu Tuanku.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button