Tempatan

Petisyen Cabar Institusi Diraja, PPIM Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 03 Januari 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pihak yang membuat petisyen “Hilang Kepercayaan Kepada DYMM YDPA”.

“Petisyen ini adalah jelas melanggar peruntukan dalam Akta Hasutan yang mencabar institusi Raja Berperlembagaan yang kita junjung selama ini,” kata PPIM dalam kenyataan rasmi mereka.

PPIM juga merasa amat kecewa dan menentang sebarang tindakan yang berbaur pembelotan terhadap kedaulatan institusi Diraja apabila ada pihak yang bebas memulakan usaha membuat petisyen konon telah hilang kepercayaan terhadap YDPA.

Tambah NGO itu, perbuatan khianat ini juga akan mencetuskan suasana yang tegang serta mencabar keamanan dan semangat Keluarga Malaysia.

“Kedaulatan undang-undang yang menjadi salah satu prinsip Rukunegara telah banyak kali dicabar dan mereka yang mencabar atau mempersoalkannya tidak layak menjadi rakyat Malaysia,” kata PPIM mengakhiri kenyataan.

Antara petikan dalam petisyen tersebut adalah,

“KAMI SELAKU RAKYAT MALAYSIA SUDAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH” dan “RAJA YANG ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA YANG ZALIM RAJA DISANGGAH”.

Tinjauan samudera.my mendapati petisyen “Hilang Kepercayaan Kepada DYMM YDPA” tersebut telah dipadamkan dari laman web change.org.

 

Leave a Reply

Back to top button