YDPA Dan Raja Permaisuri Agong: ‘35 Tahun Menyulam Kasih – Dari Polo Ke Peterana’
KUALA LUMPUR – Satu dokumentari mengenai istiadat Majlis Perkahwinan Diraja antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada hari Sabtu ini, 6 Mac 2021.
Ia akan disiarkan menerusi tiga saluran TV RTM di TV1 dan Berita Ehwal Semasa (BES) masing-masing pada 9 malam serta TV Okey pada 8 malam.
Dokumentari bertajuk ‘35 Tahun Menyulam Kasih – Dari Polo Ke Peterana’ itu berkongsi paparan istiadat gilang-gemilang majlis perkahwinan diraja Seri Paduka berdua yang berlangsung pada Mac 1986, yakni 35 tahun yang lalu.
Tambah RTM dalam kenyataan yang sama, penonton juga boleh menonton dokumentari itu menerusi portal online, RTM Klik dan RTM Mobile.
“Bagi mereka yang tidak sempat menonton di televisyen, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik dan RTM Mobile.”