Rejim Haram Israel Serang Maahad Tahfiz Malaysia
GAZA CITY, 16 November 2023 – Rejim Zionis Israel telah menyerang Maahad Tahfiz Malaysia yang mengakibatkan pembunuhan dan kecederaan ramai pelarian Palestin malam tadi.
Maahad Tahfiz Malaysia yang juga dikenali sebagai Sekolah al-Quran Malaysia telah menjadi tempat perlindungan pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat, Gaza.
Ia merupakan sekolah yang didirikan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan beroperasi sepenuhnya di bawah Dar Al-Quran Al-Kareem Wa Sunnah yang mana tenaga pengajar kesemuanya dari Palestin.
Maahad Tahfiz itu yang bernilai RM4.3 juta telah dibuka pada 16 Oktober 2017.
Memetik akhbar tempatan, selain pejabat pentadbiran, ia mampu menampung seramai 700 pelajar dilengkapi 23 kelas termasuk makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, dewan latihan dan serba guna serta surau untuk kemudahan pelajar bersolat di sekolah.