Terkini

Terima Israel Atau Berhenti Kerja – Gergasi Media Jerman

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BONN, 16 September 2022 – Deutsche Welle (DW), syarikat penyiar Jerman bakal menetapkan agar semua pekerja dikehendaki mengiktiraf rejim haram aparteid Israel sebagai sebuah negara jika mahu bekerja di syarikat tersebut.

Selepas sebilangan kakitangan Arab dipecat awal tahun ini atas dakwaan membuat kenyataan antisemitik, DW memperbaharui tata laku para pekerjanya di mana semua pekerja perlu mengiktiraf rejim haram aparteid Israel.

Dalam tatakelakuan yang dikemas kini daripada awal September, syarikat itu harus ‘mengambil tindakan’ terhadap individu yang melanggar garis panduan terkini, yang ‘menolak semua bentuk diskriminasi termasuk perkauman, seksisme dan antisemitisme, termasuk menolak hak Israel untuk wujud sebagai sebuah negara’, lapor agensi media Arab.

Selain itu, tatakelakuan tersebut menyebut bahawa sejarah Jerman telah meletakkan tanggungjawab khas DW terhadap Israel iaitu merujuk kepada Holocaust.

Februari lalu, DW memecat tujuh kakitangan Arab susulan dakwaan antisemitisme di bahagian berita Arab syarikat tersebut, namun tiga daripada mereka telah dikembalikan semula atas perintah mahkamah.

Terbaru, Mahkamah Buruh Berlin memutuskan bahawa tindakan DW memecat wartawan Palestin-Jordan Farah Maraqa atas dakwaan antisemitisme adalah tidak wajar.

Pengkritik rejim haram aparteid Israel mengatakan bahawa definisi antisemitisme itu sendiri digunakan sebagai senjata untuk menutup sebarang kritikan terhadap pendudukan berterusan rejim haram di negara Palestin dan penganiayaan terhadap rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: