Antarabangsa

Israel Mahu Damaikan Russia Dan Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERUSALEM, 02 Mac 2022 – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet menawarkan diri kepada Presiden Rusia Vladimir Putin menerusi sebuah panggilan telefon pada hari Ahad untuk menjadi broker pendamai di antara Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Bennet merupakan satu-satunya pemimpin di bahagian blok Barat yang berhubung dengan Putin dalam tempoh masa beberapa hari ini setelah konflik bermula. Israel masih mengekalkan hubungan baik dengan Rusia.

Perdana Menteri Israel amat memandang serius akan perkembangan yang berlaku di Ukraine dan risau akan kemungkinan konflik ini berpanjangan serta memberi kesan buruk kepada kebajikan kemanusiaan di sana.

Menurut sumber kerajaan Israel, Putin menunjukkan tanda positif bahawa beliau bersedia untuk perbincangan.

“Dalam konteks ini Perdana Menteri beritahu Israel bersedia untuk membantu dalam apa sahaja cara jika diminta dan pada setiap masa akan mencuba membawa pihak-pihak yang terlibat untuk bersama menghentikan krisis ini.”

Sebelum ini, Naftali Bennet dilaporkan bersifat lebih melampau terhadap umat Islam Palestin berbanding dengan Perdana Menteri Israel sebelum ini, Benjamin Netanyahu.

Netanyahu disifatkan menyokong kepada penyelesaian dua negara iaitu Israel dan Palestin sedangkan Bennet berpegang kepada ideologi untuk kekal menakluki keseluruhan Palestin.

Bennet juga telah menentang keras usaha menghentikan tindakan serangan ketenteraan terhadap umat Islam di Semenanjung Gaza sewaktu pentadbiran Netanyahu pada tahun 2018.

Bennet ketika baru sahaja memegang tampuk kuasa pemerintahan Israel, telah melancarkan serangan bom habis-habisan ke atas umat Islam Gaza pada bulan Ramadan tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: