Antarabangsa

Israel Tembak Kepala Wartawan Palestin Ketika Liputan Serangan Masjid al-Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 16 April 2022 – Seorang wartawan Palestin cedera di kepalanya akibat terkena tembakan peluru getah Israel di Masjid al-Aqsa semalam.

Demikian yang dilaporkan Ahmed Shameya, wartawan bebas Palestin melalui ciapan Twitternya baru-baru ini.

Nesreen Salem yang merupakan seorang wartawan Palestin telah cedera ditembak peluru getah ketika berhadapan dengan Pasukan Pendudukan Israel (IOF) di Masjid al-Aqsa. Beliau dicederakan ketika membuat liputan merakamkan kekejaman Israel terhadap jemaah Palestin di masjid tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi wartawan bernama Mohammad Samreen turut cedera ketika membuat liputan kekejaman zionis Israel dan ditahan di Pusat Tahanan Moscovia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: