Antarabangsa

Israel Tembak Para Jemaah Masjid al-Aqsa Ketika Solat Subuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 24 April 2022 – Puluhan rakyat Palestin cedera semasa solat Subuh akibat serangan pencerobohan tentera rejim Israel di perkarangan Masjid al-Aqsa pada Khamis lalu.

Menurut media Palestin, tentera rejim zionis itu menyerang jemaah dengan gas pemedih mata, semburan lada, bom tangan dan peluru getah.

Kenyataan itu disokong oleh Nidal Hijazi, dari persatuan perkhidmatan perubatan Sama al-Quds di Old City yang berkata, bahawa salah seorang yang dipindahkan ke hospital mempunyai peluru getah di belakangnya.

Seorang pegawai perubatan yang berada di dalam perkarangan itu turut melaporkan seramai 30 orang cedera akibat serangan semburan lada dan peluru getah ke tangan dan kaki mereka.

Lonjakan keganasan di Palestin sejak sebulan lalu telah menimbulkan kebimbangan tercetusnya konflik yang lebih besar berikutan serangan 11 hari Israel ke atas Gaza pada Mei lalu, di mana lebih 250 rakyat Palestin di Gaza telah dibunuh.

Kekejaman tentera rejim zionis ini telah mendapat kecaman dari ramai pihak antaranya Presiden Rusia Vladimir Putin; Emiriah Arab Bersatu; dan Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: