Antarabangsa

Afrika Selatan Desak UNGA Isytihar Israel Negara Apartheid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFRIKA, 30 Julai 2022 – Kerajaan Afrika Selatan telah menzahirkan keprihatinan bahawa pendudukan serta perkembangan penempatan baharu Israel terhadap banyak kawasan di sekitar Tebing Barat adalah bukti jelas bahawa negara tersebut telah mengingkari undang-undang antarabangsa.

Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Naledi Pandor, mendakwa bahawa segala perkara yang melanda Palestin telah membangkitkan isu sejarah dan pengalaman Afrika Selatan dalam menghadapi pengasingan sesama kaum dan penindasan.

“Sebagai warga Afrika Selatan yang pernah ditindas, kami merasai sendiri kesan akibat ketidakadilan kaum, diskriminasi dan pengabaian. Justeru kami tidak sanggup melihat sahaja rakyat Palestin yang masih merasai penindasan tersebut,” ujarnya ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Misi Palestin Afrika yang diadakan di Pretoria, Afrika Selatan.

Menurut Pandor, Pretoria berpegang bahawa Israel seharusnya dikelaskan sebagai sebuah negara apartheid. Selain itu Perhimpunan Umum Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) juga sepatutnya mewujudkan satu jawatankuasa bagi mengesahkan sama ada Israel sebenarnya memenuhi kriteria-kriteria negara apartheid itu ataupun tidak.

Afrika Selatan sejak beberapa dekad yang lalu adalah sebuah negara yang kuat menyokong Palestin dengan memberi sokongan dalam pelbagai bentuk sama ada dari sudut material dan sokongan awam bagi tujuan pembebasan Palestin.

Pandor mengesahkan bahawa, “Pendirian kami terhadap Palestin adalah jelas, konsisten dan selari bersama dengan komu

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: