Tempatan

Wakaf Malaysia Bantu Rakyat Palestin Sambung Pengajian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SHAH ALAM, 23 Ogos 2022 – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) bekerjasama dengan Universiti Al-Quds (AQU) dalam usaha menubuhkan dana Wakaf Malaysia bagi membantu rakyat Palestin menyambung pengajian di universiti itu.

Presiden AQU, Prof. Dr. Imad Abu Kishek memaklumkan bahawa inisiatif tersebut dilaksanakan berdasarkan hubungan akrab Malaysia dan Palestin selain rasa cinta rakyat Malaysia terhadap rakyat negara itu dalam mempertahankan kota suci, Baitul Maqdis daripada penjajah rejim Israel.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/tubuh-wakaf-malaysia-bantu-universiti-al-quds/

Menurut beliau, AQU merupakan universiti tunggal di Jerusalam di mana penduduknya sentiasa menerima tekanan, ancaman, pengusiran serta pembunuhan ekoran pendudukan haram tentera rejim Israel.

Namun begitu, beliau menegaskan, “Kami kena terus berjuang walaupun dalam keadaan yang sukar. Walaupun Israel boleh rampas tanah dan harta kami tetapi mereka tidak boleh rampas hak kami menjadi orang yang berpendidikan.”

Selain itu, AQU juga menjalin hubungan kerjasama dengan universiti lain di peringkat global seperti di Jerman dan Amerika Syarikat bagi membenarkan program pertukaran pelajar diadakan termasuk latihan industri selama tiga bulan.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar turut mengalu-alukan kerjasama tersebut memandangkan objektif PRIHATIN juga merangkumi bidang pendidikan.

“Kerjasama dengan AQU ini memang tepat pada masanya. Memang banyak organisasi yang bantu rakyat Palestin tetapi lebih bersifat dalam bentuk makanan dan sebagainya. Tetapi kita di yayasan lebih fokus kepada bidang pendidikan,” ujarnya.

Antara bentuk wakaf yang dicadangkan adalah membeli apartmen kegunaan asrama dan universiti, menyediakan dana wakaf bagi membeli semula tanah dan penempatan rampasan Israel serta menyalurkan tabung khas hasil kutipan solat Jumaat untuk AQU bagi mewujudkan kesedaran tentang kekejaman dan pelan pendudukan tentera Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: