Antarabangsa

Putin Kutuk Kekejaman Israel Terhadap Jemaah Masjidil Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 21 April 2022 – Presiden Rusia Vladimir Putin mengutuk kekejaman Israel terhadap para jemaah Masjid al-Aqsa dalam panggilan telefon bersama Presiden Palestin Mahmoud Abbas, lapor media Israel Haaretz.

Kedua-dua pemimpin itu berbincang mengenai rundingan di antara Rusia dan Ukraine, serta tentang ketegangan yang sedang dialami di Tebing Barat dan Timur Baitulmuqaddis.

BACA: Tentera Israel Berpesta Bunuh Muslimah OKU Palestin Tanpa Senjata

BACA: Bunuh Melayu Kerana Benci, Warga Australia Dipenjara 5 Tahun Di Singapura

BACA: Sami Hindu Ikrar Culik Dan Rogol Muslimah Depan Masjid

Putin memberi jaminan bahawa Moscow akan membekalkan rakyat Palestin dengan bekalan “gandum, tanaman dan barangan Rusia” memandangkan peperangannya di Ukraine telah menyebabkan kenaikan harga makanan di peringkat global.

Agensi berita Palestin, Wafa memaklumkan bahawa Putin menegaskan sokongan teguh Rusia mengenai isu hak rakyat Palestin, dan Rusia akan teruskan sokongan politiknya terhadap Palestin dalam krisis serangan Israel di Baitulmaqdis dan dalam Masjid al-Aqsa, serta akan memperjuangkan kepentingan Palestin di semua forum pada peringkat global.

Putin menentang “perbuatan Israel menghalang jemaah daripada memasuki Masjid al-Aqsa secara bebas,” dan menurutnya, Israel wajib “menghormati status quo bersejarah yang sedia ada” di tanah suci itu.

Baru-baru ini, tentera rejim Israel telah menceroboh masjid suci al-Aqsa dan menyerang jemaah di dalamnya sehingga mencederakan seramai 152 jemaah yang sedang beribadah sempena Ramadan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: