Antarabangsa

EU Perlu Iktiraf Palestin – PM Sepanyol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADRID, 03 Disember 2023 – Kesatuan Eropah harus mengiktiraf negara Palestin, kerana ini akan membantu menamatkan konflik Israel-Palestin dan seterusnya dapat menstabilkan rantau itu, kata Perdana Menteri Sepanyol,  Pedro Sanchez pada hari Khamis.

Berdasarkan kepada pembinaan penempatan Israel selama bertahun-tahun ini, Israel didapati telah menduduki wilayah Palestin secara sistematik, tambah perdana menteri sosialis itu semasa wawancara dengan TVE, sebuah televisyen awam Sepanyol.

Menurut Amnesty International, dasar Israel untuk menempatkan orang awamnya di wilayah Palestin yang diduduki dan memindahkan penduduk tempatan adalah melanggar peraturan asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Parlimen Sepanyol yang mengundi pada 2014, di mana dalam undian itu telah memihak kepada resolusi yang menggesa pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara.

Ini menjadikan Sepanyol sebagai perintis dalam mengiktiraf negara Palestin. Segelintir negara Eropah yang lebih kecil juga telah mengambil langkah itu, terutamanya negara Eropah timur seperti Hungary, Poland dan Romania yang berbuat demikian sebelum mereka menyertai EU. Namun tiada ahli blok besar yang mengikuti langkah tersebut.

Israel pada minggu lalu telah memanggil duta Sepanyol atas kritikan Sanchez terhadap serangan Israel ke atas Gaza semasa lawatannya ke sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir pada hari Jumaat. Lantaran itu Israel telah menuduh Madrid sebagai menyokong kepada keganasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: