NGO

Pusat Pemulihan LGBTQ : CLJ Tempelak Kenyataan Justice For Sisters

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Concerned Lawyers for Justice (CLJ) Mengesali Kenyataan Justice for Sisters (JFS) Mengenai Pusat Pemulihan LGBTQ di Johor

KUALA LUMPUR: Concerned Lawyers for Justice (CLJ) menyuarakan kekesalan terhadap kenyataan Justice for Sisters (JFS) yang mengutuk cadangan pihak kerajaan negeri Johor untuk menubuhkan pusat pemulihan bagi golongan LGBTQ di negeri tersebut.

CLJ berpendapat bahawa campur tangan dan sangkaan buruk yang dilontarkan oleh JFS dengan pemakaian Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan secara salah tidak hanya tidak membantu, tetapi juga mencorak persepsi negatif terhadap usaha kerajaan untuk menyediakan bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan. CLJ menggesa agar setiap kritikan dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan mengambil kira pelbagai sudut serta pandangan pakar-pakar yang berkelayakan.

CLJ juga menekankan bahawa semua pihak perlu menghormati bidang kuasa Syariah Negeri Johor berkaitan hal akhlak dan aqidah yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. CLJ menegaskan bahawa adalah penting mentafsirkan hak asasi manusia berdasarkan nilai-nilai masyarakat setempat sambil menawarkan bantuan kepada individu-individu LGBTQ yang memerlukan bimbingan dan sokongan.

Pada masa yang sama, CLJ menyambut baik langkah positif Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu ini melalui penubuhan pusat pemulihan. Untuk meningkatkan transparensi, CLJ mencadangkan agar Kerajaan Negeri Johor mempertimbangkan penglibatan pakar-pakar luar dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berkepakaran dalam agama serta LGBTQ dalam pengurusan pusat pemulihan tersebut.

CLJ juga menggesa agar pusat pemulihan ini terbuka untuk pantauan badan-badan bebas dan berkecuali seperti Suruhan Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang memfokuskan pada hak asasi manusia. Ini akan memastikan bahawa pengurusan pusat pemulihan dilaksanakan secara telus dan mematuhi standard hak asasi manusia yang relevan.

CLJ berharap agar hal-hal LGBTQ ini dapat diselesaikan melalui dialog dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat demi mencapai penyelesaian yang adil dan bersepadu Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang terpakai.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Faidhur Rahman Abdul Hadi

E-Mel: [email protected]

Nombor Telefon: 03-87360907 / 010-4027696

Mengenai Concerned Lawyers for Justice (CLJ)

Concerned Lawyers for Justice ialah sebuah organisasi bukan kerajaan yang berdedikasi untuk menegakkan Perlembagaan Malaysia serta prinsip keadilan, hak asasi manusia, dan kedaulatan undang-undang. Melalui advokasi dan kempen kesedaran, CLJ berusaha untuk membentuk masyarakat yang menghormati dan melindungi hak semua individu, tanpa mengira latar belakang atau keadaan mereka.

Concerned Lawyers for Justice (CLJ) Condemns the Statement of Justice for Sisters (JFS) Regarding theLGBTQ Rehabilitation Centre in Johor

KUALA LUMPUR: The Concerned Lawyers for Justice (CLJ) wish to voice our dismay over the statement by Justice for Sisters (JFS) condemning the Johor state government’s proposal to establish a rehabilitation centre for the LGBTQ community in the state.

CLJ is of the opinion that the interference and negative assumptions made by JFS, based on an inaccurateinvocation of Articles 5 and 8 of the Federal Constitution, not only prove unhelpful but also shape a negative perception of the government’s efforts to provide assistance and support to those in need. CLJ urges that any criticism be approached with wisdom and take into account various perspectives and the views of qualified experts.

CLJ also emphasizes that all parties must respect the Sharia jurisdiction of the state of Johorregarding moral and religious matters as enshrined in the Federal Constitution. CLJ asserts the importance of interpreting human rights based on local societal values while offering assistance to LGBTQ individuals in need of guidance and support.

At the same time, CLJ welcomes the positive steps taken by the Johor state government in addressing this issue through the establishment of the rehabilitation centre. To enhance transparency, CLJ suggests that the Johor state government consider involving external experts from non-governmental organizations specializing in religion and LGBTQ matters in the management of the rehabilitation centre.

CLJ also urges that the rehabilitation centre to be open for scrutiny by independent and impartial bodies such as the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) and non-governmental organizations focusing on human rights. This will ensure that the management of the rehabilitation centre is conducted transparently and complies with relevant human rights standards.

CLJ hopes that LTBTQ maters can be resolved through dialogue and cooperation among all involved parties to achieve a fair and comprehensive resolution premised upon the Federal Constitution and applicable human rights principles.

For media inquiries, please contact:

Faidhur Rahman Abdul Hadi

E-Mail: [email protected]

Telephone No: 03-87360907 / 010-4027696

About Concerned Lawyers for Justice (CLJ)

Concerned Lawyers for Justice is a non-governmental organization dedicated to upholding the Constitution of Malaysia as well as the principles of justice, human rights, and the rule of law. Through advocacy and awareness campaigns, CLJ works towards fostering a society that respects and protects the rights of all individuals, regardless of their background or circumstances.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: