Rejim Haram Aparteid Israel Rampas 616,000 Meter Persegi Tanah Tebing Barat
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PALESTIN, 02 November 2022 – Rejim Haram Israel sedang dalam usaha merampas tanah persendirian milik rakyat Palestin di Tebing Barat yang berkeluasan sebanyak 616,000 meter persegi dalam meluaskan pendudukan mereka.
Perbuatan ini telah melanggar undang-undang antarabangsa serta resolusi yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ghassan Daghlas, seorang aktivis Palestin yang membuat pemerhatian terhadap aktiviti pendudukan Israel di sekitar utara Tebing Barat telah menyatakan pada Isnin lalu bahawa pihak berkuasa Israel telah mengeluarkan arahan ketenteraan bagi merampas tanah milik rakyat Palestin tersebut.
Tanah yang bakal dirampas itu merangkumi kampung-kampung seperti Qaryout, al-Lubban ash-Sharqiya serta bandar as-Sawiya dan ianya digunakan bagi meluaskan kawasan pendudukan berhampiran penempatan haram Eli yang diduduki oleh orang Yahudi.
Ghassan turut menyatakan bahawa pada asalnya, penempatan Eli itu hanyalah terdiri daripada beberapa kediaman bergerak yang dibina di sekitar bukit pada tahun 1984 dan sejak itu ianya terus berkembang dengan cara perampasan tanah orang Palestin.
Pihak Israel kini sedang dalam usaha untuk menjadikan Eli sebagai salah sebuah penempatan terbesar orang Yahudi di Tebing Barat.
Dalam masa yang sama, terdapat sebuah jawatankuasa Israel yang dikenali sebagai ‘al-Quds Planning and Building Committee”, yang telah mengumumkan rancangan mereka bagi membina lebih seratus unit penempatan di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.
Rejim Tel Aviv kini sedang dalam usaha percubaan bagi memusnahkan identiti Islam dan Kristian di sekitar al-Quds dan menerapkan banyak elemen-elemen Yahudi di tempat tersebut.