NGO

Tiada Sensitivi, Perkasa Bantah konsert Coldplay

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
16/11/2023

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia merujuk kepada satu konsert yang di buat oleh kumpulan Coldplay yang bakal di adakan di Stadium Bukit Jalil hujung bulan ini.

Di saat kita masih lagi dalam keadaan sedih dengan kezaliman yang berlaku ke atas saudara kita di Palestin,

Adakah kumpulan Coldplay wajar di beri tempat untuk mengadakan konsert di Malaysia?

Perkasa menggesa kerajaan untuk membatalkan konsert tersebut dan menggantikan dengan program-program yang berunsur kemanusian dan keagamaan dalam kita menyatakan sokongan dan solidariti kita untuk Palestin.

Perkasa membantah apa juga jenis konsert apatah lagi ianya melibatkan artis luar negara seperti Coldplay kerana bimbang dengan implikasi buruk seperti membawa masuk unsur negatif dan budaya LGBTQ seperti yang pernah di bawa oleh kumpulan 1975 sebelum ini.

Sebagai menghormati dan tanda solidariti kita kepada Palestin, sebagai contoh kerajaan boleh menganjurkan program-program keamanan dan kemanusiaan seperti Malam Berdarah Bumi Palestin atau pun Tangisan Bumi Palestin.

Program seperti ini dapat mendidik rakyat malaysia untuk bersama sama menghayati penderitaan rakyat Palestin yang sedang di tindas oleh syaitan Israel.

Kerajaan harus ikhlas dalam menyampaikan mesej solidariti dengan penganjuran program-program yang lebih manfaat di masa akan datang.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: