Tuntut Gugurkan Pertuduhan Kepada Penganjur The 1975, JFS Langgar Hukum Alam – PERKASA
Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) merujuk kepada kenyataan media https://www.samudera.my/konsert-the-1975-aktivis-lgbt-gesa-gugurkan-pertuduhan-pada-penganjur-serta-merta/ yang menggesa Kerajaan untuk menggugurkan segala pertuduhan pada penganjur aktiviti LGBTQ baru baru ini.
PERKASA ingin mengingatkan mana-mana pihak supaya menghormati undang-undang yang ada di Malaysia ini. Hari ini juga kerajaan Malaysia menolak dan tidak mengiktiraf golongan LGBTQ.
PERKASA ingin bertanya kepada JUSTICE OF SISTER (JFS) yang secara terang-terangan mendesak Kerajaan untuk menggugurkan segala kes kepada penganjur yang terlibat dalam aktiviti LGBTQ ini, adakah desakan yang dibuat oleh JFS ini adalah untuk melihat sebuah negara yang maju akan hancur rosak angkara menghalalkan aktiviti LGBTQ. Tindakan kumpulan minoriti ini tidak menghormati agama dan melanggar hukum alam. Binatang pun tidak akan bersama jantan dengan jantan mahupun betina dengan betina.
PERKASA menggesa juga sekiranya ada mana-mana NGO yang cuba untuk menghidupkan aktiviti LGBTQ ini agar meninggalkan negara dan pergilah ke negara yang boleh mengiktiraf golongan LGBTQ ini.
PERKASA dalam masa yang sama menggesa Kerajaan Malaysia tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan undang-undang Malaysia dengan mengenakan satu bentuk hukuman yang berat kepada mana-mana pihak yang sengaja mempertikaikan atau memperlekehkan undang-undang Malaysia yang menolak golongan LGBTQ ini seperti yang termaktub dalam sistem perundangan negara.
Selain itu undang-undang sedia ada haruslah dilaksanakan dengan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berani untuk membunuh agenda dalam menghidupkan aktiviti LGBTQ dan menyekat segala aktiviti dari luar negara dari terus masuk ke negara kita.
PERKASA dengan tegas ingin memberitahu JFS bahawa isu LGBTQ ini tiada kompromi kerana kesan pengiktirafan golongan ini akan membawa banyak kesan buruk terutama pembentukan akhlak dan akidah generasi muda. Kami amat yakin semua agama melarang perbuatan keji luar tabie ini.
Hak kebebasan bersuara haruslah digunakan sebaik mungkin dalam membina generasi yang lebih berilmu, berakhlak dan mempunyai wawasan yang tinggi untuk memajukan negara sendiri, dan bukannya menjadi faktor kepada kehancuran sesebuah negara
Jadi jangan kotorkan pemikiran anak muda dengan ajaran songsang untuk pengiktirafan golongan LGBTQ di dalam negara ini.
PERKASA juga menekan bahawa mana-mana pihak yang membela, menyokong, mempertahankan LGBT dan yang menuntut ianya dibenarkan di dalam negara ini wajib didakwa kerana LGBT adalah haram dalam undang-undang negara ini.
Semenjak peristiwa The 1975, Kerajaan seperti membisu dan tiada tindakan yang dibuat oleh Kerajaan dengan penguatkuasaan. Kumpulan ini dan pihak penganjur perlu bertanggungjwab soal ini jangan tahu mengambil untung sehingga merosakkan.
IRWAN FAHMI IDERIS
KETUA PENERANGAN PERKASA MALAYSIA
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my