Antarabangsa

Perubahan Timur Tengah Ke Arah Lebih Baik- PM Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERUSALEM, 30 Mac 2022 – “Timur Tengah sedang berubah dan perubahannya untuk ke arah lebih baik,” kata Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri, Jerusalem Ahad baru-baru ini.

Menurut The Jerusalem Post, Bennett mengatakan bahawa hari tersebut adalah hari bersejarah kerana Sidang Kemuncak Negev dianjurkan di Israel.

Julung kali dalam sejarah, akhirnya Israel menjadi tuan rumah dalam sebuah acara yang menonjolkan peranan negara tersebut dalam diplomasi awam di Timur Tengah.

Selain itu, ia dihadiri empat Menteri Luar Negeri Arab iaitu Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry, Menteri Luar Emiriyah Arab Bersatu Sheikh Abdullah bin Zayed, Menteri Luar Bahrain Abdullatif Alzayani, Menteri Luar Maghribi Nasser Bourita dan juga Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken.

Israel juga sedang berusaha ‘memperbaiki kehidupan’ rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza, ujar Bennett seperti yang dilaporkan The Times of Israel.

“Walaupun kami tidak dapat menyelesaikan segala-galanya, kami boleh meningkatkan kehidupan orang ramai di kawasan itu. Walaupun anda tidak dapat menyelesaikan segala-galanya, ini tidak bermakna anda tidak boleh melakukan apa-apa,” katanya.

Tambahan pula, Bennett memaklumkan bahawa Israel dan negara Timur Tengah berkenaan sedang bekerjasama untuk mengatasi ‘kuasa kegelapan’ dan membina masa depan baharu yang lebih baik dan cerah.

Mereka juga memupuk hubungan lama dan membina hubungan baru di samping menghidupkan semula keamanan lama.

Sidang Kemuncak Negev berlangsung setelah pertemuan Neftali Bennett dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed bin Zayed dan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

Pertemuan berkenaan memfokuskan kepada pengukuhan hubungan Israel dengan negara jiran di bawah rubrik Perjanjian Abraham.

Perjanjian tersebut merupakan satu perjanjian menormalkan hubungan dengan Israel yang dimulakan Amerika Syarikat dengan disaksikan beberapa negara iaitu Emiriah Arab Bersatu, Maghribi, Bahrain dan Sudan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: