Antarabangsa

Israel Robohkan Masjid di Hebron, Tempat Ibadah Umat Islam Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KHALIL AR-RAHMAN, 08 Disember 2022 – Pasukan pendudukan rejim haram Israel telah meroboh sebuah masjid yang menjadi tempat ibadah umat Islam Palestin di kejiranan Khallet Taha, barat daya Hebron baru-baru ini.

Lapor media antarabangsa, tentera rejim haram bertindak menyerbu kawasan masjid seluas 100 meter persegi itu diiringi jentera berat sekali gus merobohkannya.

Selain itu, tentera pendudukan Israel turut mengancam untuk menjajah kawasan kejiranan berkenaan bagi mengambil alih sekitar 3000 dunum tanah rakyat Palestin dan mengembangkan penempatan haram.

Turut dilaporkan, pihak pendudukan rejim juga telah menceroboh kawasan Masjid Ibrahimi di Kota Lama Hebron dan meneruskan rancangan pembinaan lif khusus untuk peneroka Yahudi.

Pengarah Jabatan Wakaf, Nidal Ja’bari berkata, tentera Israel meneruskan kerja penggalian dan konkrit menggunakan jentera berat di kawasan luar sebagai permulaan untuk memasang lif dan mewujudkan ‘laluan pelancong’ khas kegunaan peneroka Israel.

Tindakan itu mendapat kecaman dari Pengarah Masjid, Ghassan Rajabi yang menyifatkannya sebagai pelanggaran hak dan keganasan terang-terangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmad Tamimi juga menegaskan bahawa kerja pembinaan itu adalah sebahagian daripada dasar peneroka untuk menghapuskan Palestin dari kawasan tersebut serta merampas halamannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: