Tempatan

Sumber Dakwa Kerajaan Cadang Import Telur Dari Negara Diserang Selesema Burung

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Disember 2022 – Terdapat cadangan supaya telur diimport ke Malaysia dari sebuah negara berdekatan tetapi negara berkenaan sedang diserang wabak penyakit unggas seperti selesema burung, demikian pendedahan dari sumber industri yang turut meluahkan kebimbangan terhadap perkara tersebut.

Sumber turut memaklumkan, bekalan telur dari negara berkenaan murah kerana bekalan sumber protein di sana sedang dilupuskan akibat penularan wabak selesema burung.

“Kita tahu permainan ini, kebanyakan ladang-ladang telur yang kena, mereka jual terus telur-telur dengan harga yang sangat murah. Sebab, ayam mereka harus dilupuskan. Jadi, stok telur mereka perlu dijual.”

Selaku pemain industri yang turut terlibat dalam soal import eksport telur, pihaknya sedia maklum bahawa ayam-ayam telur yang diternak di beberapa wilayah di negara itu sedang dihapuskan bagi mengurangkan penyebaran wabak penyakit itu, kata sumber.

Oleh itu, langkah penyelesaian jangka pendek Kerajaan sebagai menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan bekalan telur ayam di pasaran itu berpotensi mengancam keselamatan pengguna.

Beliau juga memaklumkan, kini sudah heboh dalam kalangan pemain industri telur tempatan bahawa dalam minggu ini, satu kargo telur akan mula dieksport ke Malaysia.

Justeru, “Kita desak Kerajaan melihat perkara ini sebelum terlambat”.

Baru-baru ini, Kerajaan menerusi kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, Kerajaan bersetuju mengimport bekalan telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai pelan jangka pendek untuk menampung keperluan bekalan dalam negara.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memaklumkan bahawa beberapa langkah akan dilaksanakan bagi mengurangkan kos sara hidup termasuk mengurangkan harga telur ayam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: