Antarabangsa

75% Rakyat Gaza Minum Air Tercemar, 90% Kanak-Kanak Sakit – UNRWA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 02 Mac 2024 – Penasihat Media Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Adnan Abu Hasna mengesahkan bahawa 75 peratus penduduk Gaza meminum air tercemar, manakala 90 peratus kanak-kanak jatuh sakit akibat daripada perkara tersebut serta kesesakan di tempat perlindungan, memetik laporan agensi berita Timur Tengah.

Katanya, dalam temu bual dengan saluran TV Al-Araby, pegawai UNRWA telah memberi amaran bahawa sistem penjagaan kesihatan di Gaza telah runtuh sepenuhnya.

UNRWA pada Rabu baru-baru ini turut menyatakan bahawa bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza telah menurun sebanyak 50 peratus pada bulan Februari berbanding pada Januari.

“Konvoi bantuan masih diserang dan pihak berkuasa Israel menghalang akses kepada mereka,” dedah UNRWA dalam satu laporan yang diterbitkan di laman webnya, kata laporan tersebut.

Tambah UNRWA, 44 peratus sekolah UNRWA juga telah musnah akibat pengeboman rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Menurut laporan sama, keputusan pemeriksaan malnutrisi baru-baru ini yang dijalankan oleh Kluster Pemakanan Global turut mendapati kadar malnutrisi akut am di Gaza telah meningkat dengan ketara kepada 16.2 peratus dalam kalangan kanak-kanak berumur antara enam dan 59 bulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: